21 March 2019

AKUI PUTUS TUNANG: "BUKAN SALAH EZZA, SAYA BELUM BERSEDIA" - REMY ISHAK


Nampaknya spekulasi mengenai status hubungannya bersama tunangnya, Ezza Yusof yang mencetuskan tanda tanya sejak tahun lalu dan tindakan pelakon Remy Ishak berkongsi video secara langsung yang mendedahkan dirinya solo di Instagram, baru-baru ini itu seolah-olah mengesahkan spekulasi tersebut, akhirnya terjawab.





Pelakon berusia 36 tahun ini ketika ditemui di majlis sidang media Origina itu mengumumkan bahawa pertunangannya dengan Ezza sudah pun berakhir kira-kira sebulan yang lalu selepas dua tahun mengikat tali pertunangan iaitu pada 1 Mei 2017.

Remy memberitahu, mereka berdua masih lagi berkawan seperti biasa kerana kedua-duanya terlibat dengan perniagaan. Dalam masa sama, Remy berkata yang dua juga tidak menolak sekiranya Allah memberi petunjuk bahawa Ezza itu adalah jodohnya di masa akan datang.

"Benar (sudah putus tunang)... Tidak adil untuk terus tangguh perkahwinan kerana belum ada hala tuju hubungan ini. Bukan salah Ezza, dia insan baik. Sebaliknya, isu timbul daripada konflik dalaman saya. Tempoh pertunangan dua tahun membuatkan saya sedar diri ini belum bersedia untuk menjadi suami.

Klik untuk gambar besar


"Masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum memegang peranan sebagai ketua keluarga. Saya harus memikirkan mengenai Ezza kerana hubungan ini bukan membabitkan saya saja. Tempoh bertenang diperlukan untuk memperbaiki diri dan sebagainya, cuma kedua-dua belah keluarga sudah dimaklumkan.

"Itu kesilapan saya apabila orang berkata saya sudah kembali single. Selepas dua tahun kami bertunang tapi saya tak nampak arah ke alam perkahwinan. Jadi saya terpaksa melepaskan kerana tidak mahu mengikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik sekiranya saya lepaskan," jelasnya.

Menurut Remy, dia kini dalam tempoh bertenang dan memerlukan masa. Dalam keadaan itu juga, Remy turut melakukan Solat Istikharah dan muhasabah diri. Ujarnya lagi, orang ketiga tidak menjadi punca perpisahan mereka serta menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Mira Filzah.



"Sebagai manusia saya cuba memperbaiki. Ada benda yang saya terlepas pandang. Saya mungkin terlalu fokus kepada diri dan kurang kepada orang lain. Tanggungjawab lelaki kepada perempuan sangat besar sebenarnya.

"Emosi saya memang terganggu. Saya cuba baiki kelemahan. Secara peribadi saya tak mahu komen sesuatu yang peribadi. Beri saya peluang dan ruang. Tidak ada pihak ketiga antara saya atau pun pihak di sebelah sana," ujarnya.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungan yang sudah berakhir, Remy yang mencipta nama menerusi drama rantaian 'Pujaan Hati Kanda' itu enggan membuka mulut terutama mengenai urusan pemulangan cincin pertunangan. Remy menegaskan, ia terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum.

"Banyak hati yang perlu dijaga... Saya memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu mengguriskan hati mana-mana pihak dengan kenyataan yang diberi. Biarpun tiada jodoh untuk berkongsi hidup bersama, kami masih bekerjasama menjalankan perniagaan bersama. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Berita Harian & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: