06 March 2019

ALIFF AZIZ & OKTOVIA DIDAKWA BERPEGANGAN TANGAN DI PASARAYA?


"Tak sempat tangkap gambar, benda depan mata. Tangkap gambar depan-depan nanti kena saman pulak. Sis is tak tahan. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku je. Si sotong tu pulak kemain dah mintak maaf kat media kan.





"Rupanyaa lakonan semata-mata," jelas individu tersebut apabila netizen lain turut bertanyakan kepadanya berkenaan sama ada dia sempat atau tidak mengambil gambar mengenai dakwaannya ternampak kelibat artis yang rumah tangga tengah nak runtuh itu berjalan sambil berpegangan tangan di sebuah pasaraya.

Individu tersebut memuatnaik status berkenaan di laman Facebook. Meskipun tidak menulis nama 'sebenar' artis tersebut, namun rata-rata netizen seolah mengetahui bahawa status itu ditujukan kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan aktres Octovia Manrose.

Klik untuk gambar besar


Beberapa hari lalu, reda seketika kontroversi panas melibatkan Aliff dan Octovia selepas kedua mereka membuat permohonan maaf. Octovia mengakui apa yang berlaku adalah salah dan tidak sepatutnya keluar dengan suami orang. Aliff juga memohon maaf di atas semua yang terjadi adalah salahnya serta dirinya menjadi punca pada semuanya.

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan beberapa perbualan bersama salah seorang peminat yang terserempak dengan Aliff Aziz dan pelakon perempuan bernama Oktovia Manrose di sebuah kelab hiburan. Malah, Bella mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan suaminya keluar ke sebuah pusat hiburan bersama Oktovia Manrose.








www.myartis.com / Sumber: Kopi Planet


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: