06 March 2019

PENGALAMAN LALU - SUFIAN AKUI MENGAJARNYA TENANG, TAK CEPAT MELATAH


Nampaknya perjalanan seni penyanyi Sufian Suhaimi boleh dikatakan agak baik kerana bukan saja menang Persembahan Terbaik di AJL33, malah lagu sedihnya berjudul 'Di Matamu' itu yang sinonim dengan rakyat Malaysia itu berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan tertinggi di YouTube.





Meskipun terpalit dengan kontroversi panas tahun lalu, namun Sufian menganggap ianya adalah proses pembelajaran. Ujarnya lagi, pengalaman lalu mengajarnya menjadi individu lebih tenang dan tidak cepat melatah.

"Semenjak saya keluarkan single berjudul Terakhir, pelbagai isu dan gosip yang terpalit terhadap nama Sufian Suhaimi. Saya rasa itu adalah proses pembelajaran yang saya lalui.

"Pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih tenang, tidak cepat melatah dan juga tahu bagaimana untuk mengawal isu atau kontroversi. Pengalaman silam juga banyak membantu untuk menjadi siapa saya pada hari ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sangat tenang setiap kali terpalit dengan sesuatu krisis atau kontroversi, Sufian memberitahu ia disebabkan hasil pembelajaran ketika dia menjadi seorang pelajar.

"Secara praktikal mungkin saya pernah belajar cara menguruskan krisis ketika di dalam kelas sepanjang pengajian saya sebagai seorang pelajar.

"Apabila kita memasuki industri seni, secara tidak langsung kita dapat menggunakan ilmu yang diperoleh ke dunia sebenar," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sufian Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: