20 March 2019

BERADA DI ICU - KU FARIDAH DALAM KEADAAN SANGAT LEMAH


Pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya, telah memaklumkan pelakon senior, Ku Faridah telah dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah.





"Assalamualaikum. Doakan buat Ku Faridah binti Ku Shafie. Sekarang berada di icu, keadaan sangat lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dalam paru, dalam darah.

"Semoga Allah mengangkat segala dosa-dosanya asbab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah. Syafakillah," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Sheila dan mendoakan agar Ku Faridah segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sheila Mambo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: