20 March 2019

ISU FOTO DI RANJANG - HAQIEM AKUI DILARANG EMAK BUAT LAPORAN POLIS


"Saya tidak boleh nak ulas lanjut, cuma apa yang boleh dikatakan, gambar itu sudah disunting. Saya sendiri tak tahu kenapa ramai orang nak menjatuhkan saya? Kalau saya ada buat salah, saya sudah pun meminta maaf.





"Niat saya menyertai bidang hiburan juga adalah untuk menghiburkan peminat dan membahagiakan keluarga. Tak dinafikan, ketika gambar itu mula-mula tersebar di Twitter, emak dan ayah saya sangat terkejut.

"Selepas saya menjelaskan kedudukan sebenar, barulah mereka lega," kata penyanyi Haqiem Rusli yang meminta masyarakat tidak mudah percaya dengan dakwaan dirinya tidur bersama seorang wanita seperti terpapar dalam foto yang tersebar di Twitter, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Sambil menafikan lelaki dalam gambar terbabit adalah dirinya, Haqiem mendakwa foto yang konon sudah disunting itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

Menurut penyanyi Tergantung Sepi itu, pada mulanya memang dia bercadang untuk membuat laporan polis, namun menarik balik hasrat berkenaan.

"Emak melarang saya berbuat demikian kerana katanya, kalau tak salah, kenapa nak kena buat laporan? Biarlah orang ramai membuat penilaian sendiri dan saya juga lebih selesa membiarkan sahaja perkara itu. Lama-lama nanti, ia akan senyap begitu sahaja," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Haqiem Rusli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: