20 March 2019

PUTERI SARAH: "SPEND MORE TIME ON YOUR ELDEST... BABY TAK TAHU APA2 LAGI"


Baru sahaja melahirkan cahaya matanya yang kedua, isteri kepada pelakon dan pengarah filem terkenal Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana menerusi entri terbaru, memberitahu dia tidak mahu anak sulungnya terasa dipinggirkan dengan kehadiran adik baru.





"My babies ❤️❤️ Abang nenot is officially 1y 11months today ! Abang sayang betul dengan adik. Tak ada istilah jealous sebab kami terapkan kasih sayang between both of them sejak sumayyah dalam perut lagi..," katanya.

Menurut Puteri Sarah, dia sentiasa membelikan hadiah walau sekecil mana sekalipun dan setiap kali hadiah itu diberikan kepada abang, dia memberitahu bahawa hadiah itu daripada adik.

Klik untuk gambar besar


Puteri Sarah turut juga menasihati para ibu-ibu di luar sana supaya lebihkan masa dengan anak yang lebih tua kerana anak yang baru lahir belum mengerti apa-apa lagi.

"Rajin2 belikan present simpan siap2 tak kesah even sekecil mana present tu then hari2 bagitau abang yang adik bagi present. Lama2 nanti abang akan develop sendiri kasih & sayang towards adik.

"And MAKE SURE mommy you guys spend more time on your eldest than ur newborn baby bcoz baby tak tahu apa2 lagi. Just my 2 cents 😚," terangnya lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: