Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories, kakak kepada pelakon dan pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila telah berkongsi beberapa 'screenshot' perbualannya di Whatsapp.

Dalam muatnaik tersebut, Nabila menerima beberapa kiriman mesej yang memberi kata-kata semangat kepada dirinya. Tanpa mendedahkan nama individu tersebut, Nabila menerima kiriman doa yang mengharapkan dia kuat menempuh dugaan yang menimpa.
Sebelum ini, desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mula diperkatakan ramai apabila beberapa kali berkongsi status sedih di media sosial.
Untuk makluman, Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment