Mengakui sudah lama tidak mengambil tawaran lakonan kerana buat masa ini dia lebih memfokuskan kepada kerja di belakang tabir, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 35, memberitahu yang dia tidak bimbang sekiranya ada peminat sudah melupakan hakikat dia seorang pelakon kerana selama ini juga lakonannya tidak meninggalkan kesan kepada penonton.

"Jujurnya memang sudah agak lama saya tidak berlakon kerana selain sibuk dengan tugas sebagai pengacara, saya juga kini giat dengan aktiviti di belakang tabir seperti menulis skrip dan menerbitkan program.
"Saya rasa kalau tak berlakon pun tidak meninggalkan implikasi yang besar... Saya berlakon cerita apa yang orang ingat? Rasanya tidak beri kesan pun," katanya.
Bagaimanapun kata Nabil, dia terbuka untuk kembali berlakon sekiranya ia bersesuaian dengan jadualnya selain faktor watak diberikan kepadanya.
Dalam pada itu, Nabil berkata, dia kini sudah mempunyai beberapa skrip yang dihasilkannya sendiri untuk dijadikan drama atau telefilem tidak lama lagi.
Klik untuk gambr besar

Nabil berkata, dia kini giat dalam kerja-kerja belakang tabir kerana mahu memajukan dirinya dalam bidang seni kerana tidak mahu berada di takuk lama.
"Berlakon, melawak, mengacara malah menyanyi pun sudah... Jadi saya mahu gunakan pengalaman yang ada untuk perkara lain dan itu termasuklah menerusi penulisan skrip dan pengarahan.
"Saya juga ada misi dalam karier saya, saya tidak mahu hanya dikenali sebagai pelawak dan pengacara tetapi seorang yang versetil dalam pelbagai perkara.
"Alhamdulillah pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada saya salurkan menerusi penulisan skrip dalam menerbitkan lebih banyak program atau drama pada masa akan datang," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment