31 March 2019

"SAYA PERNAH DIBENCI SATU MALAYSIA" - HAQIEM TAK KISAH DIKATA TIRU ISMAIL


"Sejujurnya, video muzik lagu saya itu tidak ada meniru sesiapa pun. Mungkin kelihatan lokasi video muzik yang sama dengan Ismail tapi dari segi muzik memang berlainan. Malah, lagu Ismail itu tak sepenuhnya bahasa Inggeris. Tapi saya tak kisah orang nak mengata sebab sebelumini pun saya pernah dibenci satu Malaysia.





"Namun apa sahaja komen atau kritikan, saya ambil positif sahaja. Kalau ada yang salah, Insya-Allah saya akan betulkan," kata penyanyi Haqiem Rusli yang menyangkal dakwaan segelintir netizen mengatakan muzik video lagu terbaharunya, 'What Can I Do For You' meniru konsep seperti pernah dihasilkan oleh Ismail Izzani dalam lagu 'Luar Biasa'.

Menurut Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli, 21, persamaan itu berlaku mungkin disebabkan lokasi penggambaran yang lebih kurang sama membuatkan muzik video itu kelihatan seakan serupa.

Lagu hasil ciptaan Haqiem sendiri bersama Shazee yang berbahasa Inggeris itu mula dilancarkan di Youtube pada 21 Mac lalu dan kini mendapat lebih 517,000 tontontan.

Dalam pada itu, Haqiem mengakui dia ada berasa bimbang dengan penerimaan pendengar setiap kali mengeluarkan lagu terbaharu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Selamat Tinggal Sayang' ini tetap mengambil risiko dengan cubaan pertama menghasilkan lagu berbahasa Inggeris sepenuhnya.

"Setiap kali nak keluar lagu baru, mesti saya rasa takut kalau lagu itu tak dapat diterima pendengar. Macam lagu 'Jatuh Bangun' pada awalnya saya ingat peminat tak suka.

"Tapi Alhamdulillah menjadi juga. Jadi apa salahnya nak cuba benda baru. Kalau tak jadi tu, tak apa la. Lagipun, sebenarnya saya seorang yang suka mencuba benda baharu," ujarnya.

Baru-baru ini, Haqiem mengadakan showcase 'A Night With Haqiem Rusli' di Dewan Tinku Abdul Rahman (MaTic), Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: