30 March 2019

26 FOTO RESEPSI: "DOAKAN KAMI BAHAGIA & CEPAT TIMANG ANAK" - FASHA SANDHA


Majlis resepsi pasangan selebriti Fasha Sandha sandha dan Aidil Aziz telah berlangsung sederhana dengan menyaksikan pasangan mempelai yang selamat disatukan sebagai suami isteri pagi tadi dengan sekali lafaz itu mengenakan baju ilham pereka kesayangan iaitu Rizman Ruzaini.





Dalam pada itu, Fasha berkata dia mengharapkan perkahwinan yang dibina ini akan berkekalan serta memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka dan mahu cepat menimang cahaya mata.

"Allah sudah tetapkan jodoh kami dan saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat. Alhamdulillah, majlis akad nikah selesai dengan sekali lafaz. Doakan kami bahagia dan cepat timang anak," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Aidil juga turut manzahirkan rasa syukur Fasha kini bergelar isterinya dengan hanya sekali lafaz.

"Saya bersyukur Fasha Sandha sah bergelar isteri saya hari ini. Dikesempatan ini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga baru saya, saudara-mara, sahabat dan rakan media. Terima kasih meraikan majlis kami. Semoga anda semua dirahmati Allah," tuturnya.

Untuk makluman, perkahwinan ini merupakan pertama bagi Aidil dan yang kedua buat Fasha kerana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.


















































www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Rotikaya, #aidilfasha, @rizmanruzaini, @alhaalfa, @ssnap_my, @hishamraus, @tv3malaysia, @dhiyafatihah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: