30 March 2019

AMMAR TITAN MAHU AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP WARGANET


Warganet yang pernah mengeluarkan kata kesat terhadap Azizul Ammar Abu Hassan, 30, atau lebih dikenali Ammar Titan di laman sosial, sebelum ini bakal berdepan dengan saman apabila pengacara dan bekas penyampai radio itu mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.





"Saya terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk saman ke atas mereka yang mengeluarkan pelbagai kata kesat dan hinaan sehingga membabitkan keluarga.

"Ketika berdepan dengan dugaan berat dua tahun lalu, ada warganet mengeji ibu bapa saya padahal mereka tidak bersalah dalam hal ini.

"Malah lebih menyedihkan ada yang meninggalkan komen menghina ibu bapa saya seperti khinzir, malah menghantar mesej langsung (DM) dengan ugutan bunuh," katanya turut mengalami tekanan perasaan.

Klik untuk gambar besar


Ammar turut mendedahkan keputusan mahkamah terhadap kes itu baru-baru ini sudah berpihak kepadanya dan ia perkara sangat menggembirakannya serta ahli keluarga yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan, sejak isu itu dibangkitkan.

Pengacara rancangan realiti 'Spotlight' ketika ditemui, berkata pada masa ini dia masih dalam proses perbincangan dengan pihak peguam sama ada mahu meneruskan tindakan itu atau sebaliknya.

Katanya, setakat ini dia sudah mengumpul lebih 2,000 pemilik akaun media sosial yang dipercayai meninggalkan komen dan mesej hinaan serta ugutan.

"Perbincangan awal dengan peguam menunjukkan saya mempunyai bukti dan fakta yang cukup untuk mengambil tindakan ini. Ini bukan soal duit tetapi soal maruah keluarga kerana saya masih ada ibu bapa. Apa-apa pun tunggu saja perkembangan selanjutnya," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Azizul Ammar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: