31 March 2019

FOTO DI PELAMIN, "ALHAMDULILLAH" - ARA JOHARI BERGURAU, NAFI BERTUNANG


"Saya sengaja menimbulkan tanda tanda dengan memuatnaik gambar duduk di pelamin. Malah, sepupu dan saudara mara juga turut melayan dengan membuat 'Insta Story' seperti mengiyakan saya bertunang. Sedangkan, hakikatnya bapa saudara saya yang baru berkahwin.





"Mana mungkin saya bertunang dengan berpakaian sebegitu? Cuma, saya ingin melihat bagaimana reaksi peminat dan rakan berhubung perkongsian itu. Kata orang, ia seperti mengambil berkat jika duduk di pelamin begitu.

"Jadi, kalau ada rezeki, mungkin tiba giliran saya pula nanti untuk naik pelamin," demikian kata penyanyi Ara Johari yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuatnaik gambarnya duduk di pelamin.

Anggun berbaju kurung, perkongsian penyanyi 'Bunga' itu di laman Instagram bagai membayangkan dirinya baru sahaja mengikat tali pertunangan, apatah lagi dengan kapsyen "Alhamdulillah" berserta emoji cincin tetapi sudah ditukar ke emoji bentuk hati.

Klik untuk gambar besar


Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila rakan selebriti seperti Siti Elizad dan Indah Ruhaila turut menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi terbabit. Malah, tidak kurang yang terkejut dengan perkongsian itu.

Berkebetulan, beberapa selebriti lain mengambil peluang cuti sekolah kali ini bagi mengakhiri zaman solo masing-masing, seperti Bella Dally dan Fasha Sandha.

Ujar Ara, pada mulanya dia memang mahu memuatnaik gambar ucapan tahniah kepada bapa saudaranya, namun terfikir untuk memberikan kelainan.

Mendedahkan foto terbaru yang dimuatnaik di laman Instagram hanya sekadar gurauan, bukannya dia bertunang, Ara mengakui tidak menyangka ada pihak yang mengambil serius mengenai foto berkenaan dan menerima ucapan tahniah.



"Bukan saya bertunang dan ini sebenarnya majlis bapa saudara. Disebabkan bosan, saya muatnaik foto itu saja-saja. Terkejut pula tiba-tiba dapat ucapan tahniah dan ramai menyangka ini majlis saya.

"Rakan terdekat pula saja mengusik mengiyakan mengenai perkara ini. Tapi, kenapa tidak bukan untuk saya mengambil berkat? Mana tahu tiba masanya untuk saya pula suatu hari nanti. Doakan.

"Saya tidak mempunyai niat untuk menipu, sebaliknya perkongsian itu adalah gurauan semata-mata," jelas bekas peserta Akademi Fantasia 2016 (AF2016).



Menyentuh soal jodohnya sendiri, Ara, 21, meletakkan sasaran untuk memikirkan soal berkenaan dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Saya menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga pada usia 26 atau 27 tahun. Namun, jika jodoh datang lebih awal, apa salahnya? Buat masa ini, fokus diberikan kepada kerjaya kerana masih banyak yang ingin saya capai dalam seni," tutur Ara.

Mengulas mengenai kerjaya pula, Ara bersyukur kerana lagu terbaru nyanyiannya, 'Paku', semakin kerap diputarkan di corong radio.

Selain giat menjalankan promosi bagi memperkenalkan buah tangan terkini daripadanya, Ara turut merancang untuk menghasilkan single seterusnya, selepas Aidilfitri.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Ara Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: