31 March 2019

ENGGAN DIPANGGIL 'JANDA HOT' - NONNY AKUI RAMAI MAHU JADI 'IMAMYA'


Mohon orang luar jangan mengecam status janda yang disandangnya kini, kerana dia tetap orang yang sama dan apa yang terjadi sudah ditentukan Tuhan, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah berkata perasaannya bukannya seperti menyarung gembira mahkota ratu cantik di kepala atau semudah melontar dogma kata yang menusuk jiwa.





Ironi, perasaannya bagaikan membasuh luka di hati yang darahnya tak berhenti-henti mengalir. Entah di mana silapnya, jauh sekali wujudnya orang ketiga dalam hubungan Nonny dan bekas suaminya, Mustain Adnan, 37, namun ikatan perkahwinan yang belum sampai setahun jagung itu hancur berkecai menyembah bumi.

Hakikatnya, kedua-dua mereka pernah bergumpal-gumpal dengan perasaan cinta dan sayang antara satu sama lain.

"Siapa yang mahu dilabel dengan gelaran janda? Sebenarnya saya masih lagi tidak percaya sudah berstatus janda pada usia 30 tahun. Memang rasa janggal apatah lagi dilabel dengan gelaran tersebut. Tetapi itu lah kenyataannya," ujar Nonny optimis menyimpul aksara kata.

Klik untuk gambar besar


Cuma, tanpa disangka ada peminat menyua Nonny yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu dengan gelaran janda paling hot, usai Fasha Sandha memilih Aidil Aziz sebagai suaminya.

"Janganlah memanggil saya begitu (janda hot). Apa yang paling penting sekarang adalah fasa untuk saya perbaiki diri. Lagipun saya tidaklah hot mana. Manis itu mungkin ada.

"Rasa lebih molek jika digelar janda manis," ungkapnya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu sambil melepaskan tawa besar membelah hening studio pada petang itu.

Semakin cantik selepas berhijab, menyarung pula status solo di kala ini membuatkan pelakon berkulit putih itu menjadi dambaan ramai lelaki termasuk golongan kenamaan (VIP) dan juga artis.



"Selepas bercerai, ramai pula yang DM (mesej terus) di Instagram mahu menjadi 'imam' saya, termasuk dalam kalangan artis dan VIP. Namun, buat masa sekarang saya tak mahu fikir pasal jodoh. B

"Bukan serik, bukan juga trauma, tetapi saya mahu masa bersendirian. Hakikatnya, saya dan bekas suami sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangga kami," ulasnya tatkala ditebak soalan jodoh.

Biar rentak seninya bermula cemerlang di bidang lakonan, pelakon drama 'Melankolia' itu kini mahu memilih haluan nyanyian pula.

"Bagi yang terlupa, saya memang bermula sebagai penyanyi. Namun rezeki lebih ke arah bidang lakonan. Cuma, dua tahun lepas saya ada menghubungi komposer Fynn Jamal untuk meminta menghasilkan lagu.



"Pada asalnya, lagu berjudul Runtuh itu ditujukan untuk arwah bapa saya yang meninggal pada Disember 2015. Namun, tatkala berkongsi lagu berkenaan di Instagram baru-baru ini, ramai pula yang kata lagu itu menceritakan kisah keruntuhan rumah tangga saya," ulas Nonny yang mengakui sangat menyukai lagu berkenaan dan bersyukur kerana Fynn menghasilkan lagu tersebut untuknya.

Meskipun bakal sibuk mempromosikan lagu berkenaan, namun tidak sekelumit timbul perasaan untuk meninggalkan bidang lakonan yang selama ini menjadi lubuk rezekinya.

Pada masa sama, Nonny juga mengakui ada menerima tawaran berlakon drama selepas dia mengenakan tudung. Cuma, masanya tidak kena kerana ketika itu dia sedang sibuk menimba ilmu perniagaan, selain sibuk dengan perkara lain.

"Walaupun sudah bertudung, saya tidak mahu meletakkan sebarang syarat kepada penerbit dan pengarah dalam bidang lakonan. Cuma, kalau boleh saya mahukan watak yang lebih sesuai dengan perubahan imej baharu ini," jelasnya yang kali terakhir berlakon menerusi drama 'Cekelat Cekelat Honey'.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: