31 March 2019

ADA PERANCANGAN KAHWIN - QI RAZALI & KEKASIH INGIN KEJAR IMPIAN DULU


Mempunyai perancangan untuk membawa hubungannya bersama pengacara, Nia Atasha Rosli, 22, ke fasa seterusnya, pelakon dan pengacara, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 41, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi kepada umum kerana dia dan kekasih ingin mengejar impian masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.





"Sebagai lelaki, semestinya saya mempunyai keinginan dan perancangan untuk berkahwin, cuma bukanlah dalam tempoh terdekat. Nia sendiri masih muda dan banyak lagi impian ingin dicapainya. Saya juga tidak mempunyai masalah biarpun dia (Nia) mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan, asalkan pandai membawa diri.

"Setakat ini, saya lihat Nia masih sama seperti dahulu dan tidak banyak yang berubah. Industri ini mempunyai banyak potensi, cuma kita perlu bijak membezakan mana yang baik dan buruk. Apa yang penting adalah niat sebelum menceburkan diri dalam bidang seni," katanya.

Qi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Aina Abdul, 'Sumpah', baru-baru ini. Anggota OAG itu turut ditampilkan dalam video muzik terbabit.

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai pembabitannya dalam video berkenaan, Qi mengakui kurang mengenali naib juara Mentor Legend itu, namun kagum dengan bakat miliknya.

"Saya kurang mengenali Aina, tetapi tahu lagu Shadow. Tak sangka, Aina yang mengundang saya untuk tampil dalam video muzik Sumpah adalah penyanyi lagu itu.

"Bakatnya besar, jadi saya berharap Aina dapat melangkah jauh dalam bidang seni. Seperkara lagi, plot video muzik ini berbeza kerana ia mengangkat tema masalah mental," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: