01 April 2019

AL-FATIHAH - PAK TAM (RAJA LAWAK) KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga atas kehilangan pelawak veteran, Pak Tam atau nama sebenarnya, Muhammad Nooruulah Ismail, 61, yang meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam badan dan paru-paru berair, jam 9.30 pagi semalam.





Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Permatang Badak, Kuantan, Pahang tanpa sempat dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Difahamkan, kesihatan Allahyarham Pak Tam tidak stabil sejak keluar dari Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, dua bulan lalu.

Untuk makluman, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Apong, 58, selain empat anak dan lapan cucu. Pak Tam meraih tempat keempat Raja Lawak Musim Kedua pada 2008, selain pernah membintangi drama 'Chapalrela'.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: