Menerusi laman Instagram, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni telah berkongsi foto anak pertamanya, Muhamad Heidy Nufael di hospital. Manurut Haziq, Heidy dimasukkan ke hospital akibat dehidrasi (dehydrated).

"Aku fobia betul bila anak sakit ni sbb Chayra Auliya dulu berapa lama batuk kokol dia tu kan. Td Heidy muntah & cirit non stop smp taik yg keluar pun warna cantik mcm air kencin. Dah dehydrated. Lembik teruk.
"Diri pun tak larat. Sbb dia makan je yakyak. Minum je muntah. Doc kata nasib baik cpt dtg hosp sbb dia dah nak kering dah. And now tgh masuk air n kumpul balik tenaga. Nak membesar kan. GWS sayang & Stay hydrated guys! #PrinceHeidy," tulisnya.
Klik untuk gambar besar

Difahamkan, Heidy telah dimasukkan ke KPJ Tawakal Specialist Hospital untuk pemantauan doktor. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar Heidy kembali sihat seperti biasa.
Untuk info, Haziq dan isterinya, Ayunda Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhamad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Haziq Hussni & Ayunda Putri
________________________

No comments:
Post a Comment