01 April 2019

24 FOTO - SEKITAR MAJLIS NIKAH & SANDING BELLA DALLY & ARIF IZUDDIN


Pada tanggal 31 Mac lalu, pelakon Bella Dally, 28, telah selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz.





Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Cerai dan Rujuk, Wan Mohd Adlan Wan Salleh pada pukul 9.55 pagi di Marina Putrajaya.

Dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan terdekat itu, Arif menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella dan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Selepas akad nikah, Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally dan Arif telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang diadakan pada hari yang sama.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, pasangan ini berkenalan pada Ogos tahun lalu dan membuat keputusan untuk terus mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu hanya selepas lima bulan berkenalan.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella kerana sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman tetapi jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 2 Mei 2018.

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada Bella yang sudah sah bergelar isteri buat kali kedua dan semoga pasangan ini berbahagia dan ikatan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat.














































www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian, Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Bella Dally, Elfira Loy, Mira Filzah, David Teo, @orangputihkita, @project2pi, @carooldyiana, @_inaijari_, @galeriariani, @kharnita, @sweetpearl24 & #arifringsbell


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: