01 April 2019

KEHAMILAN PERTAMA - JULIANA EVANS PUNYAI SEBAB RAHSIAKAN


"Saya merahsiakan kehamilan saya sebelum ini kerana dinasihati untuk tidak memberitahu orang ramai terutamanya pada tiga bulan pertama. Seperti yang kita tahu, banyak perkara yang boleh terjadi pada awal kehamilan, jadi sebab itulah saya mendedahkannya sekarang dimana kandungan saya telahpun mencecah enam bulan.





"Saya pun sudah yakin dan bersedia untuk berkongsi berita baik ini kepada semua peminat," demikian kata pelakon Che Puan Juliana Evans yang kini sedang berbadan dua dan menjelaskan dia tidak mendedahkan tentang kandungan pertamanya kerana dinasihati untuk tidak memberitahu perkara itu kepada orang ramai pada awal kehamilan.

Menurut Juliana, banyak perkara yang boleh berlaku pada awal kehamilan, jadi dia memilih untuk berdiam sebelum kandungannya terkini telah mencecah enam bulan.

Baru-baru ini, Juliana mendedahkan dia bakal bergelar ibu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya. Untuk maklumna, Juliana dan suaminya, Tengku Shariffuddin mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Juliana Evans


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: