01 April 2019

DITUDUH ANGAU DENGAN MIRA FILZAH - REMY ISHAK TAMPIL TEGUR NETIZEN


Baru-baru ini, pelakon Remy Ishak telah memuatnaik foto bersama aktres gandingannya dalam drama 'Pujaan Hati Kanda' iaitu Mira Filzah dan ia telah telah mendapat perhatian netizen.





Lebih-lebih lagi apabila pasangan tersebut hadir pada majlis Festival Filem Malaysia (FFM30) yang berlangsung Sabtu lalu mengayakan pakaian sedondon berwarna biru.

Foto yang dimuatnaik pada Ahad lalu itu menerima lebih 1,000 komen netizen yang teruja dan rata-ratanya mendoakan pasangan itu benar-benar bercinta. Foto tersebut juga mendapat hampir 70,000 tanda suka.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang meninggalkan kata-kata negatif sehingga menimbulkan kemarahan pelakon filem 'Pulang' itu.

Klik untuk gambar besar


Pemilik akaun 'Syahira' meninggalkan komen menuduh aktor itu kini sedang angau atau menaruh hati kepada aktres berkenaan.

Remy membalas komen berkenaan dan menasihatkan wanita tersebut agar menanggalkan tudung berikutan komen yang tidak menggambarkan imej wanita muslimah.

Pada 20 Mac lalu, Remy mengesahkan ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan Ezza Yusof sudahpun berakhir.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: