01 April 2019

ISU ANAK 'DIBAWA LARI SUAMI' - ADIRA AKUI SELESAI, DIBUAT KETIKA SEDIH


"Sepatutnya tiada sesiapa perlu terkait dengan hal berkaitan perkahwinan kami kerana yang menjalani kehidupan berumah tangga itu adalah saya dan suami. Jadi saya memohon agar tiada sesiapa membuat sebarang spekulasi liar menyalahkan peminat saya dengan menggelar mereka sebagai obses dengan kehidupan peribadi saya," demikian kata penyanyi Adira Suhaimi.





Bekas Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) menepis dakwaan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) yang mendedahkan wujud individu yang cuba merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 28, sebaliknya berkata, apa yang berlaku adalah di antara dirinya dengan suami serta tiada kena mengena dengan pihak lain.

Penyanyi lagu 'Pujaan Hati' ini mengulas isu luahan hati mengenai individu yang dikatakan membawa anaknya keluar tanpa kebenarannya yang dipercayai ditujukan kepada Datuk Red. Adira juga terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur apabila mengetahui anak-anaknya dibawa keluar lokasi yang tidak diketahui selepas menghadiri pengebumian bapanya di Sabah minggu lalu.

Datuk Red dalam respon mengenai dakwaan itu menjelaskan dia hanya membawa anak-anak mereka bertemu dengan adik-beradik isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red. Tegasnya, ia bukan satu kesalahan yang perlu diperbesarkan memandangkan dia adalah bapa dan penjaga anak-anak mereka.

Klik untuk gambar besar


Bercakap mengenai catatan tersebut, Adira mengakui ia ditujukan kepada suaminya namun menjelaskan tindakannya itu kerana masih berada dalam keadaan sedih atas kehilangan bapanya. Bagaimanapun tegas Adira, semua isu tersebut telah pun diselesaikan namun enggan menjelaskan mengenai situasi sebenar menyebabkan dia membuat luahan itu.

"Rasanya saya tidak perlu dedahkan apa-apa... Yang lepas itu lepas dan biar saya dan suami sahaja ahu apa sebenarnya telah berlaku tambahan pula perkara itu sudah pun selesai. Biasalah hidup berumah tangga ada turun naik, doakan yang baik-baik sahaja buat kisah cinta kami," jelasnya.

Untuk pengetahuan, Adira dan datuk Red berkahwin di Songhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Anggrek, 2 tahun dan Asan, 7 bulan. Penyanyi itu kini sedang hamil empat bulan anak ketiga mereka.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Adira Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: