29 March 2019

FOTO SEKSI ATIKAH - AWI RAFAEL MINTA NETIZEN POSITIF, HENTI KECAM


Nama pelakon Atikah Suhaimie sebelum ini hangat diperkatakan selepas isu tak jadi kahwin dengan penyanyi Awi Rafael dan kembali menjadi bualan ramai apabila baru-baru ini beliau memuatnaik fotonya yang agak seksi ketika berada dan berenang di pantai.





Foto itu mengundang kecaman daripada netizen sehingga ada yang mengatakan Atikah tidak mungkin berubah dan sudah mula ingin mencari pengganti. Malah ada netizen mengatakan cara pemakaian Atikah itulah menyebabkan dia dan Awi Rafael putus tunang.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, Awi masih lagi mengambil berat dan nampaknya seakan ada lagi sifat penyayang terhadap bekas tunangnya itu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen, Awi meminta netizen untuk positif dan berhenti mengecam bekas tunangnya itu. Komen Awi itu dibalas oleh Atikah dengan ucapan terima kasih dan memuji sikap Awi yang sentiasa manis seperti selalu.

Susulan komen oleh Awi itu, rata-rata netizen memuji sikap profesional antara kedua mereka. Malah ada netizen masih mengharapkan agar mereka berdua berkahwin.

Apa-apapun, tiada jodoh bersama, tidak bermakna mereka berdua harus bermusuhan bukan? Bagus betul Awi dan Atikah yang masih berkawan baik, semoga terus damai seperti ini selamanya.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: