29 March 2019

MUATNAIK FOTO 'POSING MAUT' - JANNA NICK TERIMA KOMEN 'NAKAL' & KECAMAN


Semua mengetahui mengenai pelakon Janna Nick dikenali sebagai seorang yang 'happy go lucky' dan diminati bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi penampilan beliau yang manis dan comel. Walaupun lebih selesa berambut pendek, Janna tetap membuatkan ramai lelaki diluar sana 'cair' dengan kecantikannya.





Nama Janna bukanlah nama baru dalam industri hiburan tanah air. Memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, kini dikenali sebagai pengacara. Namun bukan mudah dan memang lumrah hidup bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan penampilan sering menjadi perhatian ramai.

Terbaru, Janna menerima pelbagai komen 'nakal' dan kecaman gara-gara memuatnaik foto dalam posisi yang agak mengiurkan dan kurang manis untuk tatapan umum.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, ada segelintir peminat meminta Janna agar memadam gambar tersebut kerana bimbang ianya boleh mengundang fitnah. Malah ramai yang memberikan nasihat kepada Janna untuk tampil lebih sopan lebih berhati-hati dalam soal pemakaian jika ingin kekal lama dalam industri seni.

Mungkin selepas ini Janna kena lebih berhati-hati apabila ingin memuatnaik foto di media sosial agar tidak timbul sebarang kontroversi.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Janna Nick


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: