29 March 2019
BUAT LAPORAN POLIS: "NEVER ARGUE WITH STUPID PEOPLE" - AZAD JASMIN
"Never argue with stupid people. They will drag you into their level. Be smart. Insha Allah negara kita ada undang2. Terima kasih @pdrmsia_official 😎 #cyberbullying #mengaibkanorangsepertimemakanbangkaisendiri #kesbengkungbangang," demikian tulis pelakon Azad Jasmin menerusi laman Instagram miliknya.
Azad dan isterinya yang juga seorang pelakon, Eira Syazira dilihat telah membuat laporan polis. Laporan itu dilakukan selepas difahamkan ia berkait dengan isu mereka berkongsi gambar Azad bersama patung bogel yang telah menimbulkan perbalahan di media sosial.
Menerusi entri tersebut, Azad telah berkongsi gambar ketika sedang berada di balai polis berserta laporan yang dilakukan serta turut menutup ruangan komen.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, pasangan ini mendapat kecaman warganet selepas berkongsi gambar bersama patung bogel dan dianggap lucah. Foto itu diambil ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Untuk makluman, Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azad Jasmin
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment