29 March 2019

BILA IBU DEDAH FASHA SANDHA BAKAL NIKAHI AIDIL AZIZ 30 MAC INI


Melalui status dalam laman Instagram semalam, ibu kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Hatijah Teh Man telah mendedahkan anaknya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan yang juga seorang pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac ini (Sabtu).





"Sebelum menjelangnya lusa 30 March.. bersempena anakku akan bergelar isteri kepada Aidil.. disini ingat Mama ucapkan agar berbahagia hidupmu anak.. sehingga ke Jannah.

"Mama mendoakan agar Aidil dapat memberi kasih sayang pada dirimu dan terutama kepada cucu-cucu mama sehingga hujung nyawa dengan seikhlas hatinya..

"Semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua.. dan dipermudahkannya segalanya.. Amin amin amin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Fasha sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinannya dengan Aidil, 32, namun hanya memberitahu pernikahan mereka akan berlangsung pada hujung bulan Mac. Difahamkan, pernikahan tersebut bakal berlangsung di kampung halamannya di Perlis.

Untuk makluman, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 35, dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu di Ampang, Selangor.

Bintang drama 'Syurga Yang Kedua' itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.












www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: