29 March 2019

"TAK DAPAT TERIMA PERBUATANNYA... TAK MUNGKIN KEMBALI BERSAMA" - ALONG CHAM


"Memang kalau difikirkan anak, kemungkinan untuk bersatu itu ada, tetapi perbuatannya dulu mengguris hati ibu saya. Bukan nak kata saya baik sangat atau tidak pernah buat salah, tetapi saya tidak dapat menerima perbuatannya yang melukakan hati ibu.





"Mereka ada mencadangkan supaya saya terima kembali Zila dan bina kehidupan baharu. Bercakap memang mudah, tetapi apakah mereka bersedia untuk menerima jika melalui pengalaman yang sama?

"Tak mungkin kami kembali bersama," demikian kata pelawak dan pelakon Along (Cham) ketika ditanya kemungkinan dia dan bekas isterinya, penyanyi Zila Seeron bersatu semula selepas lebih dua tahun bercerai.

Menurut Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 36, pintu hatinya sudah tertutup untuk menerima wanita itu, malah dia juga tidak mahu mengguris perasaan ibunya.. Along mengakui, ada dalam kalangan teman rapatnya yang menganggap dia kejam kerana masih belum dapat melupakan peristiwa lama.

Klik untuk gambar besar


Namun, bekas penyampai radio itu juga mempunyai jawapan tersendiri untuk menepis persepsi mereka yang tidak memahami apa yang dilaluinya dulu.

Ditanya apakah dia juga sudah bertemu calon untuk dijadikan teman hidup, Along berkata, dia kini hanya memberikan fokus kepada kerja dan anak.

"Keutamaan saya adalah anak. Sekiranya nanti ditakdirkan bertemu pengganti, wanita itu perlu terima anak saya kerana dia tinggal bersama saya," tuturnya.

Untuk makluman, Along dan Zila bercerai pada Ogos 2016 selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial, 8.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Along Cham & Zila Seeron


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: