28 March 2019

ISU GAMBAR DENGAN PATUNG - AZAD JASMIN TAK KISAH KECAMAN


Mengulas gambarnya dengan patung yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya dan juga isteri, aktres Eira Syazira, mendapat kecaman warganet, pelakon Azad Jasmin berkata, dia tertarik untuk memuat gambar bersama patung itu ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.





"Saya anggap bergambar dengan patung ini sebagai seni dan ia juga unik. Saya tidak kisah dengan kecaman warganet kerana bukan semua mengecam kerana ada juga mendoakan yang baik buat kami.

"Saya mendapati patung ini sangat unik dan tidak ada di negara kita. Saya juga memuat gambar bersama patung ini untuk bergurau saja dan sedia jika gambar ini mendapat kecaman daripada warganet," katanya.

Sementara itu, Eira pula berkata, dia terpaksa memadam gambar Azad bersama patung itu daripada laman Instagram miliknya kerana tidak mahu kehilangan pengikutnya.

"Gambar Azad bersama patung itu juga turut mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat saya. Bagi mengelakkan perbalahan ini berterusan lebih baik saya memadamkan gambar ini dengan segera," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, pasangan pelakon itu mendapat kecaman warganet selepas berkongsi gambar bersama patung. Menerusi entri di Instagram, Eira berkongsi gambar Azad dengan kelakuan yang tidak menyenangkan pengikutnya.

"Adoih laki aku ni. Ini yang dikatakan Art ka daddy. hahahahaha. You ni mad la sayang. @azadsyazirarose The Art Of Punai. hahahaha. The Art Of 'buah nyok' kata laki akuuuu hauwau," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengecam gambar yang dimuatnaik Azad itu dan berharap mereka lebih berhati-hati.

Untuk makluman, Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: