14 March 2019

GARA-GARA KOMEN DI IG SITI - DALER YUSOF DIKECAM PEMINAT KPOP


Semua mengetahui mengenai negara Korea yang sememangnya sinonim dengan pembedahan plastik dan lebih mengejutkan ada yang melakukan plastik surgery di usia muda. Namun tidak semua wanita di sana termasuk selebriti melakukan pembedahan plastik untuk mengubah wajah mereka.





Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuatnaik gambarnya bersama pelakon dan model Korea terkenal, Lee Sung Kyung. Bagaimanapun, komen daripada pelakon kacukan Daler Yusuf mengundang kecaman netizen terutama sekali peminat K-Pop.

Menerusi komen tersebut, Daler mengatakan Siti Nurhaliza lebih cantik serta mendakwa artis Korea itu kelihatan cantik kerana melakukan pembedahan plastik.

Kenyataan Daler itu sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan peminat K-Pop yang berpendapat pelakon itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Klik untuk gambar besar


Seorang netizen turut melemparkan komen pedas dengan mengatakan pelakon itu sepatutnya fokus untuk memperbaiki lakonannya yang ‘kayu kaku’ daripada mengkritik penampilan seseorang tanpa mengetahui kesahihan perkara tersebut.

Kata netizen lagi, tindakan Daler Yusuf itu sangat memalukan. Selepas dikecam teruk, Daler dilihat membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya itu.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh Daler tidak boleh diterima oleh netizen. Netizen mengatakan jika dia bukan peminat K-Pop sekalipun, tidak bermakna pelakon itu boleh menuduh seseorang itu melakukan pembedahan plastik.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: