14 March 2019

AWI RAFAEL BERNIAT NAK BINA MASJID, TUTUP AIB ATIKAH YANG DAHULU


"Saya ingin mengucapkan dan memaklumkan bahawa Awi dan keluarga Awi tarik diri daripada perkahwinan bersama dengan Atikah. Ada banyak benda yang harus kita selesaikan semenjak awal lagi.





"Namun pada saat-saat akhir ini barulah kita tahu kisah-kisah yang sebenar," kata penyanyi Awi Rafael yang memuatnaik satu video memberikan kenyataan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan perkahwinan serta menarik diri di atas sebab-sebab tertentu dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

Kata Awi, beliau sudah cuba membuat yang terbaik untuk bekas tunangnya itu dan berniat nak membina masjid untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan sama-sama membina kehidupan baru ke jalan Tuhan. Bagaimanpun, dugaan baru yang menimpa kali ini terlalu berat untuk dipikul.

Klik untuk gambar besar


Menyifatkan dugaan ini terlalu berat untuknya, Awi memberitahu dia dan keluarga memerlukan ruang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ramai terkejut mendengar perkhabaran tentang pembatalan perkahwinan antara Awi dan Atikah pada saat akhir yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini, 17 Mac 2019.

Kalau dihayati, kata-kata Awi ini begitu mendalam maksudnya kan? Tidak mengapalah, mungkin perpisahan ini adalah jalan terbaik buat kedua-dua belah pihak.





ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya, Beautifulnara, mStar, Instagram Awi Rafael & Atikah Suhaime


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: