14 March 2019

VIDEO IKLAN MAKAN AISKRIM - ELFIRA LOY TERIMA KOMEN LUCAH


Menerusi laman Instagram, pelakon Elfira Loy baru-baru ini telah memuatnaik video memaparkan dia sedang menikmati sebatang aiskrim. Difahamkan video tersebut bagi memperomosikan satu jenama aiskrim.





Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang beranggapan gaya Elfira menikmati aiskrim tersebut boleh mengundang komen negatif. Seperti sudah dijangka, video tersebut dihujani komen berbaur lucah oleh netizen yang 'berotak kuning'.

Ada netizen berpendapat jika diikutkan video yang dikongsikan oleh Elfira hanya video biasa, namun lain pula di mata lelaki-lelaki miang. Kata netizen lagi, disebabkan pemikiran kotor seperti ini punca Melayu tidak maju kehadapan.

Ada saja tak kena di mata netizen. Makin parah netizen sekarang sehinggakan makan aiskrim pun nampak lucah di mata mereka. Rasanya kalau netizen berfikiran positif video tersebut akan dilihat biasa sahaja.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Rotikaya & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: