Ramai yang tanya bila agaknya pelakon Remy Ishak akan menamatkan zaman bujangnya selepas setahun mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun, Remy sering memberitahu beliau belum lagi bersedia untuk berkahwin. Malah, faktor komitment kerja juga membuatkan perkahwinan tertangguh.

Pelakon drama 'Lelaki Kiriman Tuhan' itu turut menafikan khabar angin dirinya sudah putus tunang dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof.
Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan Remy kini sudah kembali solo. Eh biar betul? Menerusi IG Live baru-baru ini, Remy mengaku sudah 'single', tiada siapa mahukan dirinya lagi.
Meskipun pelbagai spekulasi tercetus, buat masa ini tiada lagi kenyataan rasmi tentang status hubungan Remy dan tunangnya Ezza Yusof. Apa-apa pun, kami harap semuanya baik-baik sahaja, mungkin sekadar gurauan daripada Remy?
Klik untuk gambar besar


ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber, foto & Video: Beautifulnara, Cosmopolitan & Instagram Remy Ishak
________________________

No comments:
Post a Comment