04 March 2019

HAMIL 7 BULAN - NOURUL DEPP MASIH BERSENAM, MAHU SENANG BERSALIN


"Saya sangat menitikberatkan kecergasan fizikal dan mental. Apabila kita tahu badan mampu bersenam, kita perlu melakukannya. Tiada alasan untuk tidak mahu cergas. Gaya hidup sihat sangat utama. Lebih-lebih lagi kalau mahu senang bersalin, senaman sangat membantu.





"Tidak perlulah senaman berat... Apa yang penting dapatkan nasihat doktor apakah senaman yang sesuai untuk tubuh badan anda. Ini penting terutama bagi ibu-ibu yang ada komplikasi," kata penyanyi Nourul Depp tetap bersenam demi melancarkan proses kelahiran si comelnya, barpun usia kandungan mencapai 30 minggu (tujuh bulan lebih).

Nourul atau nama penuhnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 42, memberitahu, tiada alasan untuknya meninggalkan rutin senaman sedangkan dirinya tidak berdepan komplikasi, apatah lagi aktiviti itu mampu menjadikan bayi dikandung cergas.

Sementara itu, Nourul berkata, dia memilih nama Isabella yang bermaksud pejuang agama untuk bayi yang bakal dilahirkan. Tambahnya, dia percaya bayi yang dikandung adalah perempuan.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah beri nama Isabella sejak awal kehamilan lagi. Saya pula minat lagu Isabella, rasanya nama itu sesuai buat anak yang bakal dilahirkan. Suami juga setuju dengan nama ini. Maklumlah, rasa teruja apabila mendapat tahu diri ini hamil.

"Pada masa sama, saya yakin anak yang dikandung adalah perempuan. Berdebar menantikan kehadiran puteri kami nanti... Tinggal beberapa minggu saja lagi," ujarnya.

Untuk makluman, Nourul mendirikan rumah tangga bersama jejaka Perancis, Eriq Daniel Depp, 53. Mereka diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4.

Dalam perkahwinan lalu bersama komposer dan penyanyi Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun, Ayu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: