03 March 2019

PEMAKAIAN DI MAJLIS TAHLIL - NETIZEN KECAM, SEDIH LIHAT SAJAT


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat arwah bapanya di kediamannya pada Jumaat lalu yang turut dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti.





Tidak ketinggalan, Sajat yang juga merupakan sahabat dan rakan bisnes Aliff turut hadir pada majlis tersebut.

Menerusi laman Instagram, Sajat memuatnaik gambarnya bersama Aliff beserta kapsyen mendoakan agar rakannya itu terus tabah menghadapi dugaan serta mendoakan semoga roh arwah bapa Aliff ditempat dikalangan orang beriman.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, perkongsian Sajat itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan cara pemakaiannya. Netizen juga mendakwa Sajat seolah mempermainkan agama.

Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan nasihat secara baik dengan mengharapkan Sajat dibukakan hatinya untuk berubah. Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Sajat.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: