03 March 2019

"CAN'T WAIT TO EXPERIENCE....." - NELYDIA BAKAL KAHWIN DALAM MASA TERDEKAT


"Today is my first of many more big days. Haven't felt anything like this my entire life but this excites me very much. Can't wait to experience today but now nak mandi dulu bye," ujar pelakon Nelydia Senrose yang bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apabila diraikan dalam satu majlis 'Bridal Shower' yang diadakan pada petang Ahad.





Nelydia, 24, menerusi Twitter memberitahu dia berasa berdebar untuk menghadiri majlis pertamanya itu. Majlis yang dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu dihadiri adik-beradik dan rakan-rakan perempuannya.

Menerusi perkongsian kakaknya yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose, pelakon drama 'Cinta Tiada Ganti' itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengayakan gaun berwarna putih. Manakala, tetamu yang hadir memakai baju berwarna oren dan merah jambu.

Klik untuk gambar besar


Majlis bertajuk 'Nelydia Senrose last fling before the ring!' itu juga menggunakan hashtag #Myotherhafeznel.

Pada Januari lalu, pelakon yang baharu pulang menunaikan umrah itu berhasrat untuk berkawhin dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nelydia Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: