03 March 2019

ZUR EDA NAFI DIRINYA 'SENYAP' KERANA SEDANG SAKIT AKIBAT DISIHIR


Menafikan dirinya kini sedang sakit akibat disihir rakannya sendiri seperti yang ditulis dalam ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, penyanyi Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar, 54, berkata, dia senyap daripada dunia hiburan kerana sedang memberi fokus terhadap perniagaan kerepek kentang, Kerepek 5 Stars.





"Saya sendiri tidak faham kenapa ada yang mengatakan saya sedang sakit akibat terkena buatan orang. Walhal, buat masa ini, saya sedang sihat walafiat dan sibuk mengerjakan perniagaan kerepek yang semakin mendapat permintaan," jelasnya.

Bekas peserta program Gegar Vaganza 3 (GV3) itu menambah, dia sedia memaafkan penyebar gosip berkenaan dan berharap perkara sebegini tidak berulang kembali.

"Jika ada penganjur yang mahu saya terlibat dalam program anjuran mereka terbaca berita ini di akhbar, pasti mereka akan percaya saya benar-benar sakit dan mencari pengganti lain.

"Jadi, kalau boleh, janganlah menulis tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Selain jatuh fitnah, cerita-cerita gosip sebegini boleh menutup periuk nasi saya sebagai penyanyi," katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Pelitaku' itu pernah dituduh menggunakan sihir sewaktu menyertai GV3. Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai satu fitnah.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: