11 March 2019

HAMPIR 2 TAHUN JALIN CINTA DENGAN PEKIN - MONA AKUI TIADA NIAT SOROK


"Sebenarnya dah lama juga saya bersama Pekin. Boleh dikatakan hampir dua tahun. Bukan kami sorok atau nak merahsiakan daripada pengetahuan umum. Cuma pengalaman yang lepas-lepas mengajar kami. Tapi kalau orang jumpa dekat luar, peminat tahu sahaja sebab mereka ada saja ambil gambar bersama.





"Lagipun, kami tak nak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi di laman sosial. Kalau ada yang perlu dikongsi, kami akan kongsi. Mungkin sebab ramai yang tidak tahu mengenai hubungan kami, membuatkan ada yang beranggapan kami bernikah tergesa-gesa dan menyorokkan perkahwinan.

"Kami tidak berahsia kerana ada peminat yang tahu hubungan saya dan Pekin, cuma kami tidak menggembar-gemburkannya di media massa," jelas pelakon Mona Allen yang mendedahkan dia mula menjalinkan hubungan cnta dengan suaminya iaitu Pekin Ibrahim sejak dua tahun lalu.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 34, berkata dia tidak menyorok atau merahsiakan hubungan mereka seperti yang didakwa. Namun, pelakon drama bersiri 'Monalisa' dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah itu lebih memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi.

Klik untuk gambar besar


Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, bergelar suami Mona dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan artis pada 7 Disember 2018. Perkahwinan pasangan ini agak mengejutkan kerana tiada laporan mengatakan mereka bercinta sebelum ini.

Dalam pada itu, Mona dan suaminya masih belum ada kesempatan untuk meluangkan masa bercuti dan berbulan madu kerana kesibukan masing-masing. Bagaimanapun, Mona memberitahu kemungkinan mereka akan berbulan madu di Santorini, Greece selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

"Sebenarnya saya dan Pekin belum ada masa lagi nak bercuti sama dan berbulan madu. Masing-masing sibuk. Saya pun dah terikat dengan kerja lakonan. Kemungkinan kami akan ke Santorini, Greece. Sebab itu antara destinasi impian saya," ujarnya.



Untuk pengetahuan, Mona dan Pekin hanya akan mengadakan majlis pernikahan dan bertandang di sebelah pihak lelaki di Kelantan pada 19 Januari lalu.

Bintang drama 'Dia Menantu Rahsia' itu berkata, mereka sepakat tidak mengadakan resepsi, sebaliknya hanya majlis pernikahan dan disusuli bertandang ke rumah pengantin lelaki yang turut diadakan pada Disember lalu.

"Itu saja majlis kami. Selepas nikah, ada kenduri sedikit, disusuli majlis bertandang di Kelantan. Memang kami merancang untuk mengadakan majlis sebegitu kerana memenuhi permintaan keluarga yang mahukan kami bersederhana.

"Bukan sorok, cuma majlis kecil-kecilan memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja. Selesai majlis, kami terus sambung kerja dan belum sempat berbulan madu," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian, Instagram Mona Allen & Pekim Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: