02 March 2019

HANTAR ANAK KE MADRASAH - ALONG CHAM MAAFKAN BEKAS ISTERI, BAGI MELAWAT


Memilih untuk menghantar anaknya, Ahmad Danial yang berusia tujuh tahun mendapat pendidikan agama di sebuah madrasah di Johor Bahru, pelawak Along Cham berkata, dia mahu anaknya kuat untuk berdepan segala cabaran yang bakal ditempuhi pada masa hadapan.





"Saya mahu dia dapat ilmu seimbang dua dan akhirat sebagai bekalan besar nanti. Kita tahun dunia sekarang penuh cabaran terutama apabila ada media sosial. Saya mahu dia kuat bila berdepan dengan masalah.

"Dia pun semakin membesar dan saya pasti satu hari nanti dia akan tahu sejarah perpisahan saya dan ibunya yang ada di Internet. Saya nak dia kuat bila tahu perkara itu," ujarnya.

Sementara itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, memberitahu, dia sudah memaafkan dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas isterinya, Zila Seeron. Katanya, dia sentiasa menginggatkan anaknya bahawa wanita itu adalah ibu kandung dan wajib untuk dihormati.

Klik untuk gambar besar


"Saya dah maafkan dia dan mulakan kehidupan baharu. Anak bawah jagaan saya tapi dia boleh datang bila-bila masa untuk tengok. Saya pun sentiasa cakap dekat Danial apa pun yang berlaku syurga di bawah kaki ibu," tuturnya.

Untuk makluman, Along mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu pada 23 Januari 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial.

Pada 13 Ogos 2016, Zila, 30, telah ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan khalwat. Kemudian, pasangan ini mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: