03 March 2019

"ISTERI SUDAH LALUI MACAM-MACAM" - ALIFF AZIZ MOHON MAAF, KESAL


"Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya. Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya.





"Nak caci, maki dan hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu. Soal hubungan dan rumah tangga saya dengan isteri, biar saya yang selesaikan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan.

"Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya. Setiap kesalahan yang terjadi ada punca. Dalam kes saya, saya mengakui menjadi punca kepada semuanya. Perkara sebenar pun sudah terbukti. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada semua.

"Bagi saya perlu untuk akui jika ia memang salah," tutur penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang tampil membuat permohonan maaf malam semalam menerusi sesi video live di Instagram, berhubung isu rumah tangganya dan mengakui semua yang terjadi adalah salahnya serta dirinya menjadi punca pada semuanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia kesal di atas tindakannya itu dan rasa bersalah terhadap Bella kerana sering memberikan masalah kepada isterinya itu. Katanya lagi, dia sedang cuba membetulkan semula keadaan dan masalah rumah tangganya.

Sejak timbul kekecohan mengenai kontroversi melanda dirinya apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah sekali lagi apabila menjalin hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose, Aliff dilihat tidak memberikan sebarang komen.

Malah sebelum ini, Aliff yang berasal dari Singapura itu meminta agar diberi ruang untuk berbincang dengan keluarga sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean itu, dia mengadakan sesi live itu bukan untuk menegakkan benang yang basah. Dalam masa sama, dia tidak kisah jika selepas ini orang ramai masih terus bercakap mengenai dirinya terutama kontroversi yang berlaku.



"Saya bukan nak cakap siapa yang salah. Malah banyak artikel keluar dan Via (Oktovia) pun sudah minta maaf dan tidak menafikan apa yang berlaku. Memang kami yang bersalah. Sekarang, saya cuba untuk 'move on' dengan apa yang berlaku. Saya juga mahu minta maaf kepada seluruh keluarga saya.

"Adik-beradik saya juga marahkan saya kerana menjadi punca umi (mak) saya dihentam netizen. Selepas ini, nak cakap apa, cakaplah. Saya sudah luahkan semuanya apa yang saya rasa. Selepas ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi. Insya Allah, selepas ini segalanya berjalan baik," katanya.

Menerusi sesi live itu, Aliff menafikan dakwaan segelintir pihak mendakwa status dimuatnaik ibunya di laman sosial adalah untuk menutup kesalahan dirinya.



"Apa yang umi muat naik bersifat menyeluruh. Tidak ada kaitan langsung dengan Bella, malah jauh sekali nak menutup kesalahan saya. Saya lebih tahu umi macam mana. Kalau apa yang saya buat salah, dia akan tegur dan marah.

"Apabila, status berkenaan menimbulkan persepsi berbeza daripada netizen, ini yang perlu saya betulkan. Kasihan umi kena hentam dan kritik gara-gara status itu. Kalau ikutkan dia halang saya daripada membuat sesi live perkara ini. Dia cakap, biarlah orang nak cakap apa mengenainya," ujarnya.

Selepas ini, pelakon drama 'Sejuta Rasa Buat Adelia' itu tidak akan memberikan sebarang komen lagi dan berharap agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, rumah tangga mereka terpalit dengan kontroversi apabila Aliff dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017. Namun, selepas kejadian itu, Bella memaafkan Aliff dan memberinya peluang kedua.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Beautifulnara, Aliff Aziz & Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: