03 March 2019

KONGSI FOTO BERSAMA MAMAT SELEPAS 20 TAHUN - AJAI BERI 'BAYANGAN'


"Dulu dialah yang paling kecil.. 'Mamat'...@realmamat sekarang dah lebih tinggi daripada 'kawan' (kita).. 20 tahun lebih kita tak ketemu.. Dan hari ini.. kita ditemukan untuk melakukanya kembali... #existsreunion 'Happy To C All The Original Members. 'Just wait For iIt Guys' 💙 'C U WHEN I C U'





"#syukur #exists2019 #💙Exists #existsreunionconcert," tulis penyanyi dan komposer, Ajai yang memuatnaik foto bersama bekas vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat yang juga rakan baiknya ketika sama-sama menyertai kumpulan itu pada 1991 dan status itu telah mencuri perhatian.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 43, memberitahu itu adalah pertemuan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun selain turut berseloroh Mamat kini lebih tinggi daripadanya berbanding mula-mula mengenalinya dahulu.

Dalam pada itu, menerusi catatan (posting) sama, Ajai memberi bayangan kumpulan terkenal itu bakal kembali bersatu bersama semua anggota asal untuk sebuah konsert reunion tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


Ajai turut memberitahu dia teruja dapat bertemu dengan anggota asal Exists selain meminta semua peminat menanti perkhabaran gembira darpada mereka.

Untuk rekod, Ajai (Keyboard) dan Mamat (Vokalis) adalah anggota asal Exists yang ditubuhkan pada 1991 bersama empat anggota lain iaitu Musa (Bass), Ujang (Dram), Shah (Gitar) dan Along (Gitar).

Mereka mencipta fenomena apabila popular menerusi lagu 'Untukmu Ibu' dan Rahsia Pohon Cemara' yang dipetik darpada album pertama mereka berjudul Exists yang terjual sebanyak 250,000 unit ketika itu.



Bagaimanapun, Mamat mengambil keputusan meninggalkan Exists pada 1994 sebelum Ajai mengambil tindakan serupa tiga tahun kemudian.

Tempat Mamat kemudiannya digantikan oleh Ezad Lazim yang membawa nama kumpulan itu sehingga ke Indonesia. Exists kini diterajui oleh Joey Daud selaku vokalis utama selepas Ezad mengundurkan diri pada 2007.

Malah album mereka 'Diammu Gunung Berapi (1995) terjual 600,000 unit di negara itu selain tiga lagi album mereka 'Mencari Alasan (1996; 750,000 unit), 'Buih Jadi Permaidani (1997; 600.000 unit) dan 'Dirantai Digelangi Rindu' (1999; 100,000 unit).




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ajai & Mamat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: