06 March 2019

HAZAMA: "KAMI SENTIASA MENCUBA... JANGAN BERI KAMI ZURIAT JIKA KAMI..."


Penyanyi Hazama dan isterinya, Genervie Kam yang sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga itu mengakui mereka sama seperti pasangan lain mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri kehidupan.





Hazama memberitahu dia dan isteri sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat namun dia percaya dengan ketentuan Allah untuk waktu yang sesuai buat mereka dikurniakan rezeki anak.

"Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami. Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.

Klik untuk gambar besar


"Saya cuma berdoa, jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah kami cahaya mata dari zuriat kami, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Hazama lagi, menimang cahaya mata memerlukan tanggungjawab besar dan bukan trend yang perlu diikut-ikut hanya kerana melihat orang lain juga mempunyai anak.

"Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut kerana lihat orang lain ada anak atau trend sebab ia perlu disertakan dengan tanggungjawab yang besar bila saya bergelar bapa nanti," katanya yang berkahwin dengan Genervie pada 15 Januari 2017.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: