06 March 2019

BRIDAL SHOWER, BALINGAN BUNGA - NELYDIA & UQASHA NAFI IKUT BUDAYA BARAT


Pada Ahad lalu, telah berlangsungnya majlis 'Bridal Shower' pelakon Nelydia Senrose yang diadakan secara meriah di Ritz Carlton, Kuala Lumpur dan ia telah menarik perhatian ramai. Tentunya, tidak lama lagi beliau akan berkahwin.





Disebalik kemeriahan dan kegembiraan itu, ada segelintir netizen yang mempertikaikan mengapa Nelydia harus terlalu mengikut budaya barat.

Bagaimanapun, Nelydia menafikannya dan memberitahu ia sekadar majlis pertemuan bersama rakan-rakan untuk memaklumkan berita perkahwinannya.

"Ini majlis pertemuan biasa. Saya aturkan untuk memberitahu secara rasmi akan berkahwin tidak lama lagi kepada jemputan yang terdiri daripada adik-beradik dan rakan perempuan saja. Pada majlis itu saya buat sedikit permainan dan pemenangnya dapat hadiah.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, saya nak berkongsi momen gembira ini dengan mereka. Lagipun ini saja masa yang sesuai untuk kami berjumpa sebab saya sangat sibuk dengan kerjaya dan urusan perkahwinan

Sementara itu, Uqasha ada muatnaik video menunjukkan dirinya menyambut jambangan bunga di majlis adiknya itu. Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang disifatkan terlalu ingin mengikut budaya barat.

Ditanya mengenai tindakannya membaling bunga kepada tetamu yang hadir, Nelydia menganggap ia sebahagian daripada permainan sahaja.

Dalam masa sama, Uqasha turut menjelaskan aksi tersebut tidak dirancang tetapi berlaku secara spontan dan hanya suka-suka sahaja serta tiada niat lain.



"Tak sangka pula video yang dikongsikan itu mendapat perhatian daripada orang ramai. Kami semua bukan mengikut budaya asing, tapi perkara itu tidak dirancang daripada awal dan ia terjadi secara spontan saja.

"Sumpah demi Allah itu bukan plan hanya saja-saja je. Bukan nak ikut adat kafir ke seperti orang luar katakan. Kumpulan perempuan kitaorang ni semua sudah ada pasangan kecuali saya yang tidak berkawan dengan sesiapa for now.

"Jadi diorang tolak Sha tapi kalau dah sampai jodoh tu tolaklah kemana pun mesti akan dapat juga. Tak sangka pula saya yang dapat menangkap bunga itu dan mungkin itu adalah petanda bahawa saya juga akan berkahwin tidak lama lagi," jelasnya.



Ditanya sama ada adakah simbolik menyambut bunga tersebut bermakna Uqasha juga akan berkahwin dalam masa terdekat, pelakon itu memberitahu dia masih belum mempunyai calon dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.

"Bunga dah dapat calon je belum lagi dan saya sekarang dalam misi mencari calon. Jodoh tu ada tapi mungkin lambat. Mungkin jodoh adik sampai dulu jadi kita dahulukan.

"Nak cepat-cepat pun buat apa dan kalau orang tu bukan terbaik buat kita kenapa kita perlu gadaikan hidup kita. Biar lambat asal selamat," ujarnya.

Dalam pada itu, Nelydia mengesahkan beliau bakal berkahwin dalam masa terdekat tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz. Nelydia berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusannya untuk berkahwin berjalan lancar.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Harian Metro, Astro Gempak, Instagram Nelydia Senrose & Uqasha Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: