01 March 2019

IBU ALIFF AZIZ: "NIAT TIDAK HALALKAN CARA.... BISIKAN SYAITAN SANGAT HALUS...."


"Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang maka galilah aib yang ada pada dirimu sendiri, kerana belum tentu dirimu memliki sedikit dari orang tersebut.





"Fikir fikirkanlah dan bermunasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalalkan cara. Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi terlajak kata sangat buruk padahnya. Bisikan syaitan sangat halus di hati dan manusia.

"Hanya iman yang dapat menyelamatkan kita," tulis ibu kepada penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura, Aliff Aziz, iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad yang tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangga anaknya itu bersama isterinya, Bella Astillah.

Klik untuk gambar besar


Sehingga ke hari ini, kontroversi kecurangan Aliff nampaknya masih belum reda apabila ibunya memuantaik foto kata-kata bermadah mengenai aib seseorang selain meminta anak dan menantunya itu untuk muhasabah diri.

Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa suaminya sudah lebih seminggu tidak balik ke rumah dan memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan dirinya dengan seorang wanita yang menjadi saksi suaminya berhibur di sebuah kelab malam bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.

Malah, Bella juga mendakwa beliau mempunyai video bukti kecurangan suaminya. Bagaimanapun, Aliff masih lagi menyepikan dirinya dan enggan memberikan sebarang komen berhubung kontroversi rumah tangganya.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: