01 March 2019

DIKECAM AMBIL KELAS BAHASA INGGERIS - IFA RAZIAH RASA SEDIH


Meluahkan rasa sedih apabila dikecam warganet selepas mengambil kelas bahasa Inggeris baru-baru ini, selebriti serba boleh, Ifa Raziah berkata, dia tidak faham dengan sikap segelintir warganet yang tidak senang duduk dan menghentam perkara baik dibuat golongan selebriti.





"Saya mengaku tidak mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Jadi saya ambil inisiatif untuk mantapkan lagi skil dan tambahkan keyakinan diri.

"Kalau ikut emosi memang saya nak makikan warganet ini, tapi apabila difikirkan semula mereka tidak akan membantu apa-apa.

"Jadi lebih baik saya fokus dengan apa yang diusahakan ini supaya dapat bertutur dan berinteraksi dengan baik selepas ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut penyanyi, pelakon dan pengacara itu, tujuan utama dia mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk memudahkan proses mengembangkan produk pelangsingannya.

"Alhamdulillah produk saya mendapat sambutan luar biasa di luar negara terutama di Singapura. Jadi untuk memudahkan urusan dengan ejen serta stokis di sana saya perlu bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Bagi saya, tiada istilah sudah terlewat untuk belajar kerana menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia,” jelasnya yang sebelum ini memuanaik Direct Message (DM) netizen yang mengecam tindakannya mempelajari bahasa Inggeris.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Instagram Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: