03 March 2019

JUMPA 'GETAH' DALAM SOTONG - KEBIMBANGAN EMELDA DAPAT RESPON PEMILIK


Menerusi laman Instagram baru-baru ini, pelakon Emelda Rosemila telah berkongsi sebuah video dimana dia menjumpai getah dalam sotong yang dimakan bersama nasi lemak di sebuah restoran tempatan.





Melihat pada video yang dikongsi itu, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli itu cuba menarik-narik getah yang dijumpainya itu dan ia tidak terputus.

Menurut Emelda, dia berasa bimbang dengan perkara itu memandangkan banyak makanan ciptaan palsu yang berada di pasaran masa kini.

"Getah dalam sotong? Hi semua just nak share klu2 korg tahu. Last week Mel makan dkt Old Town White Coffee and terjumpa mcm rubber dalam sotong nasik lemak.

"Tarik pun tak boleh putus. Takut jugak klu termakan artificial cuttlefish. Sekarang nie mcm2 artificial. Beraslaa, eggs, udang etc etc.

Klik untuk gambar besar


"Tak fikir keselamatan org ramai. Janji bisnes jalan. Pls anyone bgtau apa benda nie. Dah termakan dah. Nasib satu jer 😥. Hati-hati semua. @kementeriankesihatanmalaysia @mykpdnhep," tulisnya.

Melihat pada bahagian komen, pihak Old Town White Coffee telah memberi respon berhubung hal ini dan akan menyiasat dengan lebih lanjut.

"Hi Emelda, berikutan daripada aduan di halaman Instagram anda, kami ingin menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk keterangan yang lebih terperinci. Terima kasih di atas kesabaran anda," katanya.

Untuk makluman, Emelda memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada tahun 2000 dan masih aktif sehingga kini.












www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Emelda Rosemila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: