03 March 2019

14 FOTO: PENUHI HAJAT NENEK SUAMI ELFIRA - MAJLIS TERAKHIR DIADAKAN DI MELAKA


Pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar semalam telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Melaka selepas sebulan melangsungkan majlis bertandang.





Difahamkan, majlis yang kelima bagi pasangan itu didadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Majlis bertemakan kampung itu juga merupakan permintaan daripada nenek Faris.

Melihat pada foto yang dikongsikan di laman Instagram, pasangan pengantin baru yang dijabkabulkan pada 1 Januari 2019 itu cukup cantik dan kacak dengan mengenakan busana tradisional rona biru laut.

Klik untuk gambar besar


Elfira memberitahu majlis resepsi tersebut merupakan yang terakhir dan majlis berlangsung dengan meriah sekali diiringi paluan kompang, pulut kuning dan joget lambak.

"Good Morning! Alhamdulillah kami menjadi duta pulut kuning bertingkek-tingkek. heheh kidding. Yesterday, was my last reception at Melaka.

"So nice to have weddings dekat kampung kan, rasa macam complete bila ada paluan kompang, pulut kuning & joget lambak. Meriah," tulis Elfira di laman Instagramnya.


























www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, mStar, Instagram Elfira Loy, #Elfaris, #elfiraxfaris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: