03 March 2019

HARI TERAKHIR BERPANTANG - BETTY RAHMAD KONGSI WAJAH ANAK SULUNGNYA


"Assalamualaikum hi uncle & aunty! Saya lah Ardy Wira bin Ardy Shafiq. Umur saya 44 hari. Hobi saya kentut! Doakan saya sihat & membesar jadi anak yang bijak, soleh & buat semua orang happy! Nanti mummy saya post lagi gambar saya sebab kerja dia ambik gambar saya je😆 Happy Sunday everyone! ❤️





"P/S - Mummy pesan jangan cakap muka saya macam muka siapa😏 #ardywira #bettyanddamisjunior," tulis pelakon Betty Rahmad yang berkongsi gambar anak sulungnya, Ardy Wira Ardy Shafiq yang kini mencecah usia 44 hari.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Betty memuji kecomelan anaknya itu.

Untuk makluman, Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Betty Rahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: