12 March 2019

LALUI IMBASAN MRI: "TAKUT... RASA MACAM DALAM KUBUR PULA" - ALIFF SYUKRI


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi pengalamannya melakukan imbasan pengimejan resonans magnet (MRI) di sebuah pusat perubatan swasta semalam.





Mengakui berdepan rasa takut ketika dirawat, cerita penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu proses imbasan MRI dirasakan seperti berada di dalam kubur.

"Saya rasa takut... rasa macam dalam kubur pula...😌. Dah puas kerja cari harta dunia.. Saya nak bahagia dunia akhirat... Banyak tanggungjawab saya lagi dalam kehidupan ni perlu dijalankan. Doakan saya cepat sembuh..

"Biarlah saya sahaja tahu apa yg berlaku 😥... Saya nak bahagia dunia akhirat, saya masih tak bersedia Ya Allah ampunkan aku... Saya kena kuat sebab saya masih banyak tanghungjawab saya lagi di dunia ini... Ya Allah terimalah taubatku ini aku berjanji aku akan berubah 🙏🏻🙏🏻

Klik untuk gambar besar


"Abahh Kri tak kuat bahh.. abah... Kri masih perlukan semangat dan doa abah.. Kri lemah sangat abah lemah yang amat..," tulisnya.

Aliff sebelum itu berkongsi sekeping foto dipakaikan tag pesakit di pergelangan tangan kanannya memaklumkan dia kini kurang sihat: "Allah kuatkan semangat aku, saya terlalu busy bekerja untuk pakai gelang ni".

Netizen yang prihatin terhadap keadaan kesihatan Aliff mendoakan agar penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu kembali pulih dengan segera. Malah, ada yang menasihatinya agar mengambil peluang untuk berehat seketika daripada memikirkan soal duniawi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: