25 March 2019

NORA ARIFFIN: "24 TAHUN HIDUP BERSAMA, NAMUN DIA BUKAN MILIK SAYA ABADI"


Menerusi entri di laman Instagram (IG), penyanyi Nora telah berkongsi gambar kenangan bersama suaminya, komposer arwah Johan Nawawi dengan kapsyen yang menyentuh hati. Nora mengakui reda dengan pemergian suaminya yang genap dua tahun semalam.





"Hari ni 24/3/2019, genap 2 tahun Johan Nawawi meninggalkan saya. Walaupun 24 kami berkahwin dan hidup bersama. Namun dia bukan milik saya yg abadi. Dia hanyalah pinjaman dari Allah utk saya. Begitu lah lumrah kehidupan.

"Bahagia mcm mana pun, sayang macam mana pun..... Sampai masa kita akan berpisah jua. Kita tidak memiliki apapun.. Semuanya milik Allah... Al- fatihah buat suami tercinta Johan Nawawi. Semoga tenang disana. #adadalamtiadabynora," tulis Nora.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Nora terus kuat dalam meneruskan kehidupan dan diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-anaknya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: