25 March 2019

"WHERE HAVE YOU BEEN.....?" - BELLA DEDAH KECURANGAN ALIFF AZIZ LAGI


"Hi, why I put on Igstory sebab kat tempat yang sepatutnya tak ada response dari sesiapa. Saya just nak bagitahu stop telling people yang I halau. Saya dibesarkan dengan baik oleh kedua orang tua saya, diaorang ajar saya adab.





"Tepuk dada tanya selera, orang berbudi kita berbahasa and eventually your family know everything yang I tak halau pun. Where have you been for the past few days? Club? You wanna say nak ludah every single of my family? Yang menatang macam minyak yang penuh?

"My family who sacrificed their fellings selama ini dan tutup je mata dengan apa saja perbuatan kamu. What kind of human are you? Im telling you stop or you want me to start juga? Kesabaran saya ada tahap.

"Please ingat. Salam," demikian tulis isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang berharap agar namanya tidak diperburukkan oleh mana-mana pihak.

Klik untuk gambar besar


Menerusi entri di laman Instagram (IG) stories, Bella menjelaskan dia tidak pernah menghalau suaminya daripada rumah. Namun Bella tidak menjelaskan status yang dimuatnaikkan itu ditujukan kepada siapa.

Baru saja reda kontroversi panas Aliff bersama pelakon baru Oktovia Manrose, nampaknya Bella sekali lagi dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kepada seseorang yang dipercayai suaminya.

Melihat pada perkongsian itu, Bella nampaknya seperti sudah hilang sabar dan meminta agar Aliff menjaja cerita kononnya dia yang menghalau suaminya keluar daripada rumah. Ujarnya lagi, keluarganya juga tahu perkara sebenar bahawa dia tidak menghalau Aliff.



Bella juga sekali lagi mendedahkan kecurangan Aliff namun kali ini dengan wanita lain. Bella turut memuatnaik perbualan dengan seorang peminat yang mendakwa melihat Aliff di dalam kereta bersama seorang wanita di Johor beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya sekitar tahun 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Bagaimanapun, kerana perasaan cinta dan sayang, Bella ketika itu memaafkan suaminya, Aliff juga berjanji beliau akan berubah dan tidak akan mensia-siakan isterinya lagi.

Namun, baru-baru ini Aliff 'kantoi' curang buat kali kedua bersama pelakon baru, Oktovia Manrose. Berita kecurangan itu didedahkan oleh Bella sendiri dimana beliau menerima kiriman rakaman video daripada seseorang menerusi Instagramnya yang menunjukkan Aliff dan Oktovia mesra dan berhibur di sebuah kelab.



Selepas isu dengan Oktovia, Aliff membuat permohonan maaf dan mengakui semua yang terjadi adalah salahnya. Aliff juga memberitahu dia kesal di atas tindakannya dan rasa bersalah terhadap isterinya kerana sering memberikan masalah.

Oktovia juga turut tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya. Meskipun terluka, Bella memberitahu dia memaafkan pihak yang terlibat kerana apa yang penting baginya adalah kejujuran.

Kontroversi kecurangan Aliff kali ini betul-betul membuatkan Bella kecewa serta sudah tawar hati dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir dan terbaik buat mereka berdua.

Untuk makluman, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: