27 March 2019

"SELAGI TIDAK MENAIKKAN KEMARAHAN SUAMI, SAYA BERSABAR" - NORA DANISH


Mendedahkan bukan sahaja terpalit dengan dakwaan foto sedang berbogel malah lambakan video lucah yang dikatakan miliknya, pelakon Nora Danish berkata, dia akan bersabar selagi tidak menaikkan kemarahan suaminya, Nedim Nazri Aziz.





"Sebenarnya bukan itu sahaja, jika tulis nama Nora Danish di Twitter akan kelihatan video-video lucah. Bagi saya, gambar itu tidak seteruk dengan video lucah yang dikatakan saya itu.

"Biarlah dengan apa yang mereka ingin lakukan. Selagi tidak menaikkan kemarahan suami saya, saya bersabar," katanya.

Tambah pelakon filem 'Polis Evo' ini dia tidak berasa takut dengan isu tersebut memandangkan itu bukan dirinya.

Klik untuk gambar besar


"Kalau betul saya yang ambil gambar dan ada 'reflection", semestinya saya akan memohon maaf. Saya membuat kesilapan, bukannya saya sengaja kongsi tetapi itu bukan saya.

"Saya tak tahu nak cakap apa, sebab itu saya tidak ingin komen serta menyokong orang yang telah memfitnah diri saya. Itu bukan diri saya dan kenapa perlu saya takut," ujarnya lagi.

Terdahulu, Nora terpalit dengan dakwaan foto menampakkan refleksi tubuh seorang wanita sedang berbogel yang dikatakan diambil menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Danish


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: