27 March 2019

BILA SKIRT HIJAU CHE TA JADI 'BAHAN', DISAMAKAN DENGAN SAYUR


Pasti ramai mengetahui mengenai fesyen dan gaya pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang sering diperkatakan. Fesyen Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu selalunya memang 'up to date' dan unik.





Sesiapa kalau lihat memang terpegun sehingga ada yang menganggap beliau sebagai ikon fesyen. Pendek kata, apa sahaja yang beliau pakai pasti nampak cantik.

Namun menerusi perkongsian terbaru Che Ta di laman Instagram miliknya, skirt berwarna hijau yang digayakannya berlatar belakangkan daun menghijauitu telah menjadi perhatian ramai warga netizen.

Klik untuk gambar besar


Skirt hijau yang dipakai oleh Che Ta menjadi bahan lawak segelintir netizen yang mengatakan ianya kelihatan seperti daun pisang dan seakan-akan sayur.

Rata-rata netizen seolah keliru melihatkan skirt yang digayakan oleh Che Ta itu. Setelah merenung gambar berkenaan barulah mereka sedar ia adalah skirt.

Sekali-sekala netizen bergurau apa salahnya kan Che Ta? Apapun, Che Ta tetap kekal anggun dan menawan menggayakan pakaian tersebut. Kalau diikutkan, apa sahaja yang Che Ta gayakan pasti akan nampak cantik.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: